Logo Dan Tema HKHM 2024

Logo Dan Tema HKHM 2024

PENJELASAN LOGO

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

PENJELASAN TEMA

Malaysia MADANI merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan enam (6) nilai teras
utama.

Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial
dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif
menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.