Persembahan teres grafik manusia oleh 2,000 pelajar sekolah menengah dari Kuala Lumpur dan Selangor menjadi tarikan utama sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya hari ini
Pertunjukan udara pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia MADANI: “Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya hari ini
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 turut dimeriahkan dengan acara perbarisan dan perarakan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada 2,076 pegawai dan anggota. Sebanyak 140 aset kenderaan dan haiwan turut terlibat dalam sambutan ini. Antara aset yang terlibat ialah Kenderaan Perisai Lipan Bara, Kereta Perisai Gempita, Aset Hybrid Tentera Darat, High End Military Watercraft dan lain-lain
Sekitar acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2024. Tahniah dan terima kasih atas kerja keras dan kerjasama semua pihak dan teristimewa buat semua warga JAPEN
Hari ini, kami turut berpeluang merakam momen yang menakjubkan semasa pertunjukan udara dalam sambutan Hari Kebangsaan.
Dari formasi yang rapi hingga sorakan penuh semangat, setiap kontinjen menampilkan keindahan dan keunikan sumbangan mereka.
Hari ini, kamera kami berjaya merakam detik-detik berharga di kalangan kontinjen yang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan
Hari ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hari ini, kamera kami berjaya merakam momen-momen yang penuh makna melihat rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, berdiri bersama, menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini
Pagi tadi, kami berjaya merakam momen-momen indah ketika ribuan rakyat Malaysia hadir dengan penuh semangat, mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kebanggaan negara pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Sebanyak 15 buah khemah perubatan kecemasan disediakan sepanjang 2.1km laluan perbarisan yang akan memberikan bantuan awal perubatan kepada anggota perbarisan, peserta persembahan dan orang awam