Rasai semangat Merdeka di MRT—di mana setiap perjalanan adalah gambaran kepelbagaian dan perpaduan negara tercinta kita.Mari kita dengar bagaimana para penumpang kita merancang untuk menghabiskan hari istimewa ini dan apa makna Jiwa Merdeka bagi mereka!
Temu bual bersama-sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Mazlan bin Abd Mutalib sempena sambutan Hari Malaysia di KLfm
Cuba teka, berapa bintang yang diperlukan pada label SPPCA supaya kita dapat penjimatan optimum bagi produk air?
Persembahan teres grafik manusia oleh 2,000 pelajar sekolah menengah dari Kuala Lumpur dan Selangor menjadi tarikan utama sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya hari ini
Pertunjukan udara pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia MADANI: “Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya hari ini
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 turut dimeriahkan dengan acara perbarisan dan perarakan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada 2,076 pegawai dan anggota. Sebanyak 140 aset kenderaan dan haiwan turut terlibat dalam sambutan ini. Antara aset yang terlibat ialah Kenderaan Perisai Lipan Bara, Kereta Perisai Gempita, Aset Hybrid Tentera Darat, High End Military Watercraft dan lain-lain
Sekitar acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2024. Tahniah dan terima kasih atas kerja keras dan kerjasama semua pihak dan teristimewa buat semua warga JAPEN
Hari ini, kami turut berpeluang merakam momen yang menakjubkan semasa pertunjukan udara dalam sambutan Hari Kebangsaan.
Dari formasi yang rapi hingga sorakan penuh semangat, setiap kontinjen menampilkan keindahan dan keunikan sumbangan mereka.
Hari ini, kamera kami berjaya merakam detik-detik berharga di kalangan kontinjen yang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan
Hari ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hari ini, kamera kami berjaya merakam momen-momen yang penuh makna melihat rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, berdiri bersama, menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini