TEMA & RASIONAL TEMA
HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2023

Pemilihan adalah selari dengan konsep Malaysia Madani

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

TEGUH

bermaksud kukuh, kuat dan erat

BERSAMA

membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan 

‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Sambutan HKHM 2023. Tema  ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu,aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan Kemampanan budaya bangsa,berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

LOGO & RASIONAL LOGO

  • LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET

Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

  • TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING

Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

  • TITIK MERAH

Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

  • KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI

Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

MUAT TURUN KIT LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2023

Buku Perincian Logo

HKHM 2023

Video

PENGERTIAN LOGO
Muat Turun