TEMA & RASIONAL TEMAHARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2022 Pemilihan adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran TEGUH bermaksud kukuh, kuat dan erat BERSAMA membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan Manakala frasa TEGUH BERSAMA mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan LOGO & RASIONAL LOGO LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNETMelambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNINGMerupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni. TITIK MERAHMelambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELIMelambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama. MUAT TURUN KIT LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022 Video PENGERTIAN LOGO Muat Turun Format .PNG Format .TIFF Format .AI Buku Perincian Logo HKHM 2022 Muat Turun versi PDF Versi DBook