Kerja-kerja pemasangan pentas, layar gergasi, teres bertingkat dan pengindahan persekitaran Dataran Merdeka giat dijalankan bagi persediaan Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Datoโ€™ Sri Haji Mohammad bin Mentek hari ini meninjau perkembangan persiapan di tapak acara. Ayuh kita zahirkan semangat patriotik bersama Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka.